Peminjam bertanggungjawab untuk membayar balik jumlah pinjaman PTPTN yang dikeluarkan kepadanya termasuk kos-kos lain seperti kos upah, perlindungan takaful, cukai Setem Hasil dan lain-lain bayaran seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pinjaman.

Perlukah saya menunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada PTPTN sebelum memulakan bayaran balik?
Tidak. Peminjam bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik mengikut tempoh yang ditetapkan tanpa perlu menunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada PTPTN. Tiada suatu peruntukan di dalam perjanjian yang menyebut bahawa peminjam hanya perlu membuat bayaran selepas mendapat notis daripada PTPTN.
Bayaran balik lebih awal adalah digalakkan kerana bayaran balik yang dibuat sebelum tarikh mula bayar tidak dikenakan kos upah.
Bilakah tarikh bayaran balik sepatutnya dibayar setiap bulan?
Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemas kini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.
Bolehkah saya membayar balik kurang daripada jumlah ansuran asal?
Tidak boleh. Bayaran balik kurang daripada jumlah ansuran bulanan akan menyebabkan berlakunya tunggakan dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan. Peminjam disarankan hadir berunding untuk mengurangkan ansuran bulanan dengan membuat penstrukturan semula pinjaman.
Bolehkah saya membayar balik lebih daripada jumlah ansuran asal?
Boleh. Pembayaran melebihi jumlah ansuran membolehkan peminjam menyelesaikan pinjaman lebih awal dan dapat menikmati penjimatan kos upah kerana kos upah dikenakan sehingga tarikh penyelesaian penuh dibuat.
Bagaimanakah cara bayaran balik secara dalam talian (online) boleh dilakukan?
Terdapat empat (4) bayaran balik secara online iaitu:
1. Melalui Financial Process Exchange (FPX)
2. Melalui portal rasmi bank ejen pungutan bayaran balik pinjaman PTPTN (www.ptptn.gov.my/saluran-bayaran-balik/)
3. Melalui MyPay PTPTN (mypay.com.my/home)
4. Melalui Aplikasi myPTPTN (myptptn.ptptn.gov.my)
Bagaimana caranya untuk menyemak baki pinjaman pendidikan?
Baki pinjaman pendidikan boleh disemak melalui aplikasi myPTPTN di menu Perkhidmatan > Bayaran Balik Pinjaman.
Adakah PTPTN akan mengeluarkan resit rasmi bagi bayaran balik pinjaman pendidikan?
Ya. PTPTN akan mengeluarkan resit rasmi bagi bayaran balik yang dibuat di kaunter PTPTN dan juga di aplikasi myPTPTN. Resit rasmi tidak akan dikeluarkan untuk transaksi melalui perbankan internet, kaunter bank dan ejen pungutan bayaran balik pinjaman PTPTN. Bukti bayaran melalui perbankan internet, kaunter bank dan ejen pungutan perlu dicetak dan disimpan untuk rujukan.
Bagaimanakah caranya untuk saya membuat penyelesaian sekaligus (full settlement) pinjaman pendidikan?
Peminjam boleh mendapatkan pengesahan baki di myPTPTN atau mengisi Borang Permohonan Pengesahan Baki Pinjaman di kaunter PTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN. Pengeluaran Surat Pelepasan Hutang (SPH) boleh diperoleh di myPTPTN.
Bagaimanakah caranya untuk membayar balik pinjaman pendidikan PTPTN?
Kaedah-kaedah bayaran balik pinjaman pendidikan seperti berikut:
i) Bayaran Balik Melalui Kaunter
SALURAN | KETERANGAN | CAJ (RM) | TEMPOH KEMASKINI (HARI BEKERJA) |
---|---|---|---|
Kaunter PTPTN (seluruh negara) | Bayaran tanpa tunai melalui Electronic Data Capture (EDC) Terminal menggunakan: – Kad Debit Tempatan – Kad Kredit Tempatan | – | 3 hari |
Kaunter Ejen | Bank Islam Bank Rakyat Pos Malaysia CIMB Bank Bank Simpanan Nasional (BSN) | 1.00 0.50 2.00 2.00 0.50 | 3 hari 3 hari 7 hari 3 hari 3 hari |
Kiosk PayQuik | – Saluran bayaran balik pinjaman secara tunai. – Panduan bayaran, KLIK DI SINI. | 1.00 | 1 hari |
Razer Cash di 7-Eleven | – Saluran bayaran balik pinjaman secara tunai. – Panduan bayaran, KLIK DI SINI. – Pautan Razer Cash di 7-Eleven, KLIK DI SINI. | 1.00 | 3 hari |
Digi Kiosk | – Saluran bayaran pinjaman secara tunai. – Panduan bayaran, KLIK DI SINI. | 1.00 | 3 hari |
e-Pay | – Saluran bayaran pinjaman secara tunai. – Perkhidmatan e-Pay boleh didapati di tempat-tempat seperti Caltex, KK Mart 24 Jam, Mydin, myNEWS.com, PAK GROCER, Petron | 1.00 | 1 hari |
ii) Bayaran Balik Secara Dalam Talian
SALURAN | KETERANGAN | CAJ (RM) | TEMPOH KEMASKINI (HARI BEKERJA) | |
---|---|---|---|---|
Perbankan Internet | Bank | Manual(Download) | – | – |
Bank Islam | | 1.00 | 3 hari | |
Bank Rakyat | | 1.00 | 3 hari | |
Maybank | | 1.00 | 3 hari | |
Public Bank | | 1.00 | 3 hari | |
RHB Bank | | 1.00 | 3 hari | |
Pos Online | | 0.50 | 3 hari | |
Affin Bank | | 1.00 | 3 hari | |
AmBank | | 1.00 | 3 hari | |
Agrobank | | 1.00 | 3 hari | |
CIMB Bank | | 0.50 | 3 hari | |
Bank Simpanan Nasional | | 1.00 | 3 hari | |
myPTPTN | Senarai bank terlibat: – Bank Islam – Bank Rakyat – Maybank – Public Bank – RHB Bank – AmBank – Hong Leong Bank – United Overseas Bank (UOB) – Bank Muamalat – Affin Bank – Alliance Bank – CIMB Bank – BSN – AGRO Net – HSBC Bank – KFH – OCBC Bank – Standard Chartered Bank Senarai kredit kad: – Visa – MasterCard – American Express | – | 3 hari | |
JomPAY | – Kemudahan bayaran secara dalam talian melalui perbankan internet dan telefon mudah alih menggunakan akaun semasa, simpanan dan kad kredit – Dapatkan Biller Code dan Ref-1. KLIK DI SINI – Panduan bayaran, KLIK DI SINI – Soalan lazim, KLIK DI SINI | – | 3 hari | |
MyPay | – Bayaran balik secara dalam talian dengan menggunakan mobile web – Pautan MyPay, KLIK DI SINI – Panduan bayaran, KLIK DI SINI | 1.00 | 3 hari | |
Shopee | – Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi Shopee. – Panduan bayaran, KLIK DI SINI. | 1.00 | 3 hari | |
kiplePay | – Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi kiplePay – Panduan bayaran, KLIK DI SINI | 1.00 | 3 hari | |
SpayGlobal | – Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi SpayGlobal – Panduan bayaran, KLIK DI SINI | 0.80 | – | |
IIMMPACT | – Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi IIMMPACT – Panduan bayaran, KLIK DI SINI | 1.00 | 3 hari | |
KioskMedia | – Kemudahan bayaran balik menggunakan kiosk layan diri | 1.00 | – | |
Boost | – Kemudahan bayaran balik secara dalam talian menggunakan aplikasi Boost | 1.00 | – | |
Touch n Go (TnG e-Wallet) | – Kemudahan bayaran balik menggunakan aplikasi Touch n Go | 1.00 | – | |
Mcash | – Kemudahan bayaran balik menggunakan aplikasi Mcash | 1.00 | – |
iii) Bayaran Balik Melalui Potongan Gaji
– Untuk permohonan, klik di sini
iv) Bayaran Balik Melalui Debit Terus
– Untuk permohonan, klik di sini
v) Bayaran Balik Melalui KWSP
Terdapat empat (4) bayaran balik secara online iaitu:
- Melalui Financial Process Exchange (FPX)
- Melalui portal rasmi bank ejen pungutan bayaran balik pinjaman PTPTN (www.ptptn.gov.my/saluran-bayaran-balik/)
- Melalui MyPay PTPTN (mypay.com.my/home)
- Melalui Aplikasi myPTPTN (myptptn.ptptn.gov.my)
Jika Peminjam Meninggal Dunia
Bagi kes kematian peminjam, kaedah pemulangan lebihan bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:
- Bagi jumlah lebihan bayaran balik yang kurang daripada RM3,000 – Waris hendaklah mengisi dan menandatangani Bon Tanggung Rugi Lebihan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN serta dokumen yang berkaitan yang mengikat dari segi undang-undang; dan
- Bagi lebihan bayaran balik berjumlah RM3,000 dan ke atas – Waris hendaklah mengemukakan dokumen asal atau salinan dokumen berikut:
- Geran Surat Kuasa Mentadbir/Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
- Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah; atau
- Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad, Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan).
Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan
Peminjam PTPTN yang menerima Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya dengan Kepujian Kelas Pertama secara sepenuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).
Syarat-syarat:
- Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa (mod Konvensional sahaja);
- Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;
- Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
- Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
- Kursus/ program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan; dan
- Mengemukakan permohonan pengecualian bayaran balik di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.
Nota: Pertimbangan/ Kelulusan pengecualian bayaran balik adalah tertakluk kepada kedudukan semasa kewangan Kerajaan.
Kaedah permohonan adalah secara dalam talian melalui aplikasi web myPTPTN yang dibuat dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen. Permohonan selepas daripada tempoh tersebut tidak diterima.
Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan
Peminjam PTPTN yang masih belum bekerja dan menyambung pengajian secara sepenuh masa layak untuk memohon penangguhan bayaran balik pinjaman pendidikan.
Bil. | Melanjutkan Pengajian | Tidak Bekerja |
---|---|---|
1. | Peminjam melanjutkan pengajian secara sepenuh masa tanpa meminjam PTPTN. | Peminjam tidak bekerja. |
2. | Peminjam yang mengikuti pengajian secara kursus berkembar iaitu kursus yang diikuti secara 2+1 atau 2+2 atau seumpamanya yang memerlukan peminjam menyambung pengajian ke luar negara secara sepenuh masa untuk menyelesaikan pengajian. | Tempoh maksimum penangguhan bayaran balik kerana tidak bekerja terhad kepada 24 bulan sahaja sepanjang masa. |
3. | Peminjam yang melanjutkan pengajian ke luar negara secara sepenuh masa. | Tempoh kelulusan penangguhan selama 6 bulan bagi setiap permohonan penangguhan tidak bekerja. |
4. | Tempoh minimum bagi penangguhan melanjutkan pengajian ialah 6 bulan ke atas dan permohonan kurang 6 bulan daripada tarikh tamat pengajian tidak akan diproses. | |
5. | Tempoh maksimum permohonan mengikut peringkat pengajian seperti berikut:Foundation/ Profesional/ Sijil/ Diploma Lanjutan: 2 tahun;Diploma: 3 tahun;Ijazah: 4 tahun;Master: 2 tahun; danPhD: 2 tahun | |
6. | Tidak memohon untuk penangguhan bayaran balik bagi pengajian sedia ada yang dilanjutkan kerana gagal atau tangguh pengajian dengan sengaja. | |
7. | Tidak memohon untuk penangguhan bagi melanjutkan pengajian sama peringkat atau lebih rendah dari pengajian yang telah ada dengan pinjaman PTPTN. |
Penyelesaian Pinjaman Pendidikan
Peminjam boleh memuat turun Surat Pengesahan Baki Pinjaman di Portal Rasmi PTPTN/ kaunter PTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN. Setelah penyelesaian pinjaman dibuat, peminjam akan menerima e-mel makluman untuk memuat turun Surat Pelepasan Hutang (SPH) di Portal Rasmi PTPTN. Sehubungan itu, peminjam perlu mengemaskini dan memastikan alamat e-mel adalah yang terkini.